Sunday, 17 August 2014

Task1: Setup Simple Computer Network

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH
SubhanaALLAH SubhhanaALLAH SubhanaALLAH

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Allahumma Solli Ala Muhammad.. Wa ala ali wassahbihi wassalam

My first learning process.. First task given to me... jeng jeng jeng.. dup dap dup dap..
(Tak pernah pula kan ada experience "Work field".. "real life la konon"... expose lebih gitu.. Luas...)
My supervisor ask me to setup simple computer network at one empty room. Dia bagitau la berapa banyak computer nak di setup kan.. Aku dalam hati dah nerves gila.. Apa macam nak buat.. Lagak sv ku ni cam serah kan aku buat sendiri ja ka ni??.. Kami sibuk2 la kumpul semua part-part yang diperlukan

  • 4buah monitor
  • 4buah cpu
  • 2 buah UPS Neuro power(fungsinya ni sama macam power bank tapi untuk komp punya)
  • 4buah mouse
  • 4cable network
  • 4keyboard
  • 1 dlink router
  • 4buah usb cable (connect from monitor tu power)
  • 4buah usb cable (connect from cpu tu ups)
  • 4buah usb cable(connect from monitor to cpu)
Da macam nak bagi resepi masak-masak la pulakan... Memang pun bagi aku sejak belajar dunia computer ni semua saling relate.. kadang aku konfius aku ni bljar komp ka bljr memasak.. atau belajr seni.. atau belajar coding.. atau belajar bahasa machine... ahahahah... (campur baur...advance...barau kawwwwwww)


 Da siap semua dikumpulkan di atas trolley, sv ku cakap

"Mukrimah, kamu pasang keempat-empat ni di satu bilik di level3 finance tu ya... Nanti da selesai kamu naik sini smula bagitau saya dan saya akan check kemudian" ------checkmate kuang kuang kuang.. memg kena buat sendiri.. belajar sendiri la nampaknya... berlalu pergi dan kepala otak cari solusi apa nk buat

Ok cara pasang ni rasanya tak perlu kali eden habaq o ajaq noh... hampa semua boleh try setup sndiri
it easy as ABC... mula2 ja mind set rasa susah.. bila nampak sendiri dan explore boleh punya..
cucuk ja mana yang sama.. Pasti selesai punya.. kalau tukang masak depa cakap campak-campak ja klu nak masak kan.. ni pun sama konsep nya.. LAJAK ja.... Jalannnnn.... ahhahahaha

Tapi apa yang boleh di share kan hnya camna nak enable kan connection dia.. mungkin ada yang tau.. tapi bagi yang tak tau boleh la rujuk satg kat bawah ni..

Sampai ja di level3 Finance GPOS

This is the result
Selerak kat bawah tu sila abaikan ok.. biasalah "baru nak perform"

Ni la rupa sebenar keserabutannya.. Tapi ni sebelum sv aku datang la..
arrange..sorok-sorok juga mana yang boleh...

Ni pula untuk buat cable network.. "OK klu yang ni alhamdulillah dari form4 da belajar buat

Steps for networking connection

1. Go start>click Control panel>click Network and sharing center
2. Here there are Local Area Connection double click it
3.Pop out on screen show it choos ipv4.. or tcp/ip
4.Find properties click on it
5.Click IP address.. IP address had 4 portion.. 3 portion in front is same in a same building only last portion different. So enter number accordingly
     For example: IP address:198.172.18.5(yellow one can be different the rest still same)
6. Done. Click OK... After a while u may access to an internet.. InsyaALLAH...


p/s: Demo untuk buat cable network nanti la saya buat video dia kalau rajin ok... hehehehe... kalau ada kelapangan insyaALLAH..

Lastly, Jangan mengalah sblum beraksi... kita tidak tau dan tidak akan pernah nampak apa yg kita boleh buat klu tidak cuba.. Kekadang apa yang kita fikirkan kita tidak boleh sebenarnya itu la kehebatan dan kelebihan kita..Disitu la kemahiran kita.. Cumanya kita TAKUT dan tidak mau mencuba.. Jadi kita tidak pernah tau... OK.. itu saja untuk kali ini mungkin... Di atas ni mungkin juga kekurangan info/ kekaburan informasi.. apa pun usaha semampu kita... Belajar dan belajar.. saya pun tidak reti untuk mendetailkan langkah-langkah pelaksanaan secara jelas.. maafkan ambo... 



"Aku dan Motor Sakit"

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad Wa ala Alihi wassohbihi wassalam


Seperti kebiasaannya aku sering menaiki motor ke tempat LI
Motor yang mulanya disimpan/diguna di Lahad Datu
Kini dibawa kembali ke Sandakan untuk dijadikan "teman" kebersamaan
Untung juga awal nya langkahku untuk mengmbil lesen motor dan kereta di semenanjung
Jadi mudah la ku "nk request" (keta o moto)
Memandangkan keadaan dan situasi jem,jarak maka motor menjadi permintaanku kepada kedua org tua ku
(bukan itu ja mmg aku prefer motor daripada keta... hihihih zap zip zap lorong sana sini AVAILABLE)

Cuma minggu pertama saja ku menaiki kereta..
Hari pertama as i had mentioned in my first entry my mum who send me to office by car
hahahahahhahahha... (not anak manja ok sekadar permulaan)
bagaikan mula2 kita kena hantar ank g sekolah dulu... Mula2 dijaga sebelum dlepaskan bebas

Nak sebulan da motor ku bertapak di sandakan
selepas abg menjadi rider berjaya... sanggup tolong ambil dan bawa motor ni dari Lahad Daru ke Sandakan. Yang perjalanan nya boleh tahan pinggang la.. around 2 and a half hour journey.. *kesian abang ku
thanks to him and my parents yang memenuhi permintaan i yg nk jdi "RIDER" la konon nya...
Tapi sayang 3minggu guna motor tetiba motor i "sakit" pancit la pula....

Mula-mulanya masalah tayar pancit.. mum dan bapa pun p la gantikan tayar baru dan tukar no flat belakang yang da pecah dan hilang satu no nya.. Siap tukarkan lagi leather seat yang da sedikit koyak dan dibalut lagi.. MasyaALLAH.. SubhanaALLAH hebatnya kasih sayang kedua orang tua ku kepada ku.. Seminggu kemudian pula gear motor ni da lain macam pula.. siap bunyi2 rupanya rantai dia da tajam terlalu lama sangat bila di "operate" buka smua tup tup lining brek ku da abis.. klu lining brek da abis that means besi bertemu besi rim ja la.. klu tak bli lining tu lama-lama bisa rosak rim motor ni agak-agak ongkos nya rm200++ juga..

Dah  tukar itu dan ini..

Balik dari Lahad Datu (open house)

Baru perasan no flat yang mum tukar ni no tk match dengan no flat di depan...ahahahahah... terbalik sedikit ja. No flat didepan which is correct one SS9125L tapi di belakang SS9152L.. See, da berminggu2 baru perasan.. Nampak sangat kan ketidak pekaan. Men pakai ja.. Tak reti la nak cek-cek, Tengok-tengok.. ahahahah... So, pergi lagi ke bengkel untuk tukar no flat dan sekali minta cek brek depan. Rupanya abng bengkel tu habaq brek depan ni pun da abis lining brek tmbah wayar brek ni dah patah and berkarat

OK -.- Satu demi satu....
Cobaaaannnnnn....

Motor ku "sakit" seperti tuannya pula.. :'(

Selepas motor ku sakit dalam masa yang sama ku pun sakit...
Akhir-akhir ramadhan sampai la ke hari raya ke7
Aku demam teruk, makanan pula tidak boleh masuk
tidak blh kunyah, tidak boleh menelan.. hanya air saja.. itu pun masih sakit
Lalu, aku pun pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan selepas dari ofis..
Sekali lagi abang ku yang hantar g ke hospital dalam jam 6++ petang juga kami p ke hospital
Kemudian doktor bertanya
doc: Sakit apa?
aku: demam, xboleh menelan,batuk,headache
doc: buka mulut... "aaaaahhhhhhhh". Keluarga ada penyakit tibi?
aku: tidak ada( rupanya ada, smpi uma citer apa yg berlaku ke bapa. Bapa kata dulu dia pernah ada rawatan tibi)
doc: OK Saya bagi kamu ubat makan ubat ni, sok kamu datang lagi sini buat pemeriksaan ya. Dan kamu pergi ke klinik pergigian untuk pemeriksaan juga
aku:OK..


Sok nya ku terlalu lemah, sampaikan tak masuk pn ofis ahahah.. mum ku pula asyik suh makan
walaupn hnya sedikit.. aku tk larat.. tapi aku sgt lapar2... Cuma nya gigi ku terasa lmbut hingga tidak dapat mengunyah.. Tambahan pula bibir, gusi, smua da tumbuh2 biji-biji. Di bahagian leher pula da rasa ada biji-biji.. Walau setitis air pun perih/pedih nya terasa dkt tekak. Dan aku pun berjumpa doctor smula. Sampai di klinik pergigian doctor buat appointment untuk datang smula slpas 2 minggu.. Sepanjang 2 minggu tu makan ku hanya sekadar merasa air pun hnya beberapa titis itu pun terasa la kehausan dan kelaparan yang teramat..

Ya Allah!!! Sakitnyaaa.... bila nikmatMU engkau tarik sedikit saja aku sudah tidak berdaya.. Apalagi klu smuanya Engkau tarik.. Segala kekuasaan itu milikMU..

Sepanjang 2 minggu tu...
Bibir ku semakin tumbuh biji-biji @ luka-luka. Ni pertama kalinya ku merasa sakit yang sangt beza
Tekak pula semakin tak berasa selesa.. Suara ku pula smakin mengecil..Terima kasih juga buat sahabt2 yang bertanya kan khbar, yang turut mendoakn kesejahteraan/ksihatan ku (Hakikatnya ku tak tau klu ada, tapi aku yakin pasti ada yg mndoakn ku dalam diam. Ada yang menyayangi diri ini walaupun aku tidak mengerti rasa yang diberikan atau membalasnya).

Raya oh Raya...
Saat keluarga menziarahi.. Adik Beradik berkumpul.. Bergelak tawa...
Menikmati juadah yang menyelerakan..
Tapi aku hanya mampu merasai nya di dalam diri yg tidak terexpressi keluar.. kerana daya kkuatan ku yg terbatas. Sakit.. Sakit yang teramat.. Itu lah bila nikmat kesihatan kita ditarik.. Baru itu ditarik hanya sebentar mukrimah kau sudah tidak terdaya.. Nampak tak?? Mengerti ka ko apa smua ni??

"Nikmat mana lagi yang kau dustakan"

Selepas 2minggu jumpa doc smula..
Alhamdulillah doctor mengesahkan aku tidak menghidapi penyakit tibi. Hanya saja tumbuh gigi bongsu. Dan gigi itu di X-ray. Mula pemeriksaan di klinik pergigian doc ingin membuang/mencabut gigi ku yg bru mo tumbuh yang bru separa tumbuh.. Tapi hasil xray tu doc hanya  bedah gusi ku agar memudahkan gigi baru itu tumbuh sebaiknya kerana mungkin tidak cukup ruang gigi nak tumbuh sbb susunan gigi belakang teratur rapat.. (ahhhhhhhahahahaha....)

********** XRAY SESSION*******

Nurse: Deq baring ya.
Aku: Menurut perintah berbaring, sedang nurse mempersiapkan pula apa yang perlu
Nurse: Deq, bgi masuk dulu ni ya( Sejenis kad empat segi bentuknya didalam nya ada xray card yang warna hitam tu tpi bersaiz kecil la.. tapi dimulut ku ianya agak besar juga la).
Aku: ahhhhhhhhhh, Nurse sakit...sakit.... tolong nurse
Nurse: Ya deq,mmg skit sedikit. Tahan ya.. (Gila ke apa... tu skit la nurse...desus hti ku)...
Aku: ....air mata mengalir... menahan kesakitan...
Nurse: Kenapa ko nanges??
Aku: Sakit doc...
Nurse:Sekejap ja kan...Ko darjah berapa deq? Ko sekolah mana?? Umur berapa?
Aku: Monolog dalaman lagi "Nurse ni bergurau ka apa.. lawak pula soalan dia ni.." Saya umur 22 tahun belajar di Universiti Malaysia Perlis.
Nurse: oooo ko da universiti ka.. Kecil nya kau ni... ahhahhaha
Aku: hmmmmm...
Nurse: Senyum

**********Waiting Session for bedah gusi***********
Keluar ja bilik xray ada sorang makcik tnya. Ko darjah berapa skng...(da kenapa org2 sekeliling aku ni dok asyik nk tanya ku darjah berapa). Mungkin ka dari ramadan sampai ku skit beberapa minggu ni menyebabkn aku kelihatan kecil.Makcik saya umur da 22tahun belajar dekat Universiti Malaysia Perlis.. Makcik tu membalas smbil ketawa kecil, Makcik ingat kan kamu darjah5.. OK Fine!! Darjah 5 mkcik ni fikir aku... ahahahhaha... Betul la apa yg ku fikirkan. Aku melihat record timbangan berat ku hanya 36kg ja skrng.

********Bedah Gusi Session********
Sakit juga... ini mmg parah kali kedua punya stage after xray session skit... dok lemas tenggelam tertelan byk sgt air... maybe time dia bedah tu ada air kan so bila pnuh rasa mcm lemas pula... Dah tu, doc suntik mo 5 kali 6 kali ke rasanya di gusi aku.. Pastu, dia minta scapel(ntah apa nama saintifik pisau... huhuhuh). Tengok doctor tu cam takda perasaan pula dan boleh pula dia cakap "Tidak sakit ni, cuma kamu nerves ja.. Takut kan?".. Aku pula menidakkan dan menggelengkan kepala tanda sakit.. hahahahahah...


Alhamdulillah selesai juga semuanya.. Keputusan lain nya pula doc tidak menjumpai apa2 pun  yang mengesahkan aku ni pnyakit tibi.. Alhamdulillah...

Akhir sekali. Sakit itu menghapus dosa-dosa kita.. bila ditimpa kesakitan mohon la pada Allah akan kesembuhannya.. Sabar lah..

Aku kembali ke tmpat training seperti biasanya.. dan kak-kak ofis menegur ku.. katanya
"imah, kenapa jarang sudah kak tengok ko snyum. Asyik berdiam diri ja.."
Aku membalas dengan suara yg sedikit berbeza kerana ketidak selesaan lagi pada gusi yg bru di bedah
Kak-kak pun turut mendoakn ku mereka memberi kata-kata positif.. Alhamdulillah.. see org sekeliling kita sntiasa memerhati walau bunyi tidak kedengaran..

INGAT akan nikmat-nikmat illahi pada kita... yang tidak terhitung nilainya...
Jaga Iman, Jaga Hati, dan Jaga kesihatan...





Monday, 4 August 2014

Walk Away OR Try Harder??

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH
SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Sollu' alan nabiy... Allahumma Solli ala Sayyidina Muhammad.. Pemberi syafaat buat seluruh umat nya..
Perbanyakkan berselawat.. mungkin syafaat baginda menyelamatkan kita. InsyaALLAH..

Alhamdulillah menjalani latihan industri di kampung halaman
So, everything kira complete la.. tk perlu nk byk fikir sgt..
Nak fikir kan rumah sewa la, nak fikir bajet makan minum la, nak fikir tambang.
Nak fikir benda2 "keinginan", Nak fikir keselamatan, semua la...
Byk beza buat praktikal kat kg halaman banding dgn kat negeri luar
Ada pro dan kontra nya juga.

Masa mula-mula.. risau juga kat mana nak apply tuk training ni.
Asyik pergi ke main office school computer and communication engineering(SCCE)
Tanya kawan,minta pndapat depa, minta nasihat lecturer, minta tlg lec RPS(Rakan Pembimbing Siswa/i)

Bagitau kawan "cmner ni kat kampung aku tk byk sangat la company yg berkaitan kos kt"
                        "camner ni?? nk apply kat mana eh?? "
                        "xpe ka klu apply yg tk berkaitan kos"
                        "kat mana nk tau eh tmpat mana yg ada bt training"
                        "belek-belek surat permohonan balas nama kita tkda pn, hbis la.. dapat o tk tmpt ni"

Kawan-kawan rapat ku pn mengalami masalah yg sama
Tetapi mungkin alasan yang berbeza
Alhamdulillah didampingi kawan-kawan yang saling menguatkan,positif menjadikan diri tertempias ke kita

 "SAHABAT(ORANG YANG DISEKELILING/BERDAMPINGAN) ITU CERMINAN DIRI KITA"

Saling bertukar-tukar pendapat.

Emy(one of my friend), she help me a lot.. guide me how to write resume,
how to do this and that
what to do... she like a teacher.. dia pun menyuruh ku untuk apply sekali dengan dia di negeri Melaka

=Infineon=

Aku pun menurut saja, sebab merasa ada teman kerana dia juga apply d tmpat yg sama.. at least klu dapat ada la kawan sama-sama, blh la survive, (sbb emy ni protective juga org nya) hehehehe, ada kawan sewa rumah sekali, ada kawan nk ulang alik g ofis kira selamat la.. tk la sorang-sorang.. mungkin juga vrOOm emy digunakan khidmat nya. Itu la fikir kami, rancangan kami bersama.. Emy ni "Rider" juga tau.. ehhehehe...

Tunggu punya tunggu masih tidak ada jawapn
Masa pula smkin singkat untuk mencari..
Emy tlg bg link itu dan ini(tmpt-tmpt li), satu g emy ni org "expert cari dlm web"
Best dan syukur alhamdulillah beruntung dapat kenal dia
Tak puas dgn penantian jawapn dari infineon kmi pun mengambil kputusan tuk buat permohonan lebih byk kat company lain pula. Emy apply kat kampung dia Johor aku kat kmpung ku Sabah.

Aku pun minta pendapat dari ramai sahabt-sahabt irfaan di universiti lain berkaitan ni
Nak tau juga mereka buat dekat mana. Sebab senior-senior uniMAP ada share juga "buat prktikal x kena ngan course" pendapat mereka ada yang kata "OK ja, Belajar something new kan, Try to gain experience,Learn and Learn kan". Oleh itu ku pn bertanya kan shbt-shbt tmpat2 praktikal.
Byak juga buat permohonan kat sabah. Kiranya untuk kesemuanya aku hntr 7 tmpt permohonan
  1. Infineon Melaka
  2. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kota Kinabalu Sabah
  3. Jabatan Perkhidmatan Komputer Lahad Datu Sabah,
  4. Affinbank Sandakan Sabah
  5. Asiatic (tapi da tukar nama Genting Plantation Sandakan Sabah
  6. IJM Sandakan Sabah
  7. Petronas Methanol(minta tlg abg yg keja disitu) Labuan




Mohon pada ALLAH agar d permudahkan. Banyak meminta pertolongan dan bntuan padaNYA, byakkan bercakap-cakap(doa) kat ALLAH. Meluah la smuanya pada ALLAH.
"Kita merancang
Allah juga merancang
sebaik-baik perancang adalah perancangan ALLAH"

Akhirnya aku mendapat satu pnggilan tmpt LI di Kota Kinabalu, KK Sabah (yang boleh tahan jauhnya dari rumah agak2 7 8 jam) means klu ku terima offer ni bagaikan merantau juga la.. menyewa rumah, byr bil, mkan minum smua la kena fikir,, Maka aku mengambil keputusan tu HOLD dulu tawaran Jabatan Kerja Jalan Raya KK, smbil menunggu status yang lainnya pula.. Beberapa bulan kemudian Alhamdulillah rezeki ku mendapat tempat di Lahad Datu Sabah dekat dgn rumah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah cawangan Lahad Datu... Setelah dapat sahaja tawaran ni, bukan mudah juga sebenarnya buat keputusan,... Makanya malam ku bersujud padaMU meminta petunjuk,.. SesungguhNYA aku yakin akan ketentuan dariMU,.. setelah beberapa minggu ku rasa gagah dan tetap dengan satu keputusan setelah berfikir pro n kontra nya dgn dua2 panggilan ni.. dan aku mmbuat surat penolakan untuk menjalani training d kota kinabalu yang aku fikir byk lgi kontra nya jika dibndingkan dengan di Lahad Datu.




Lega Rasanyaaaaaaaaa......
Tapi itu cuma fikirku.....
cuma rasaku...
yang rupanyaaaa tidak tetap and strong mana pun

Tik Tok Tik Tok
Jam terus berlalu
Hari demi Hari di lalui dengan biasanya seperti rutin as a student
Then
dalam kerajinan cepat-cepat cek yahoo mail.. ada satu inbox
dan pengirimnya aku tidak kenal hanya saja ku tau isinya tentang status permohonan training ku
ya ALLAH, sekali lagi ingin membuat "ssuatu yg besar" iaitu berfikir dan membuat kputusan
Setelah ku baca isi setiap emel yg ku terima. Keesokkannya, ku terus ke ofis untuk memeriksa surat status/offer dari company Genting Plantation Sandakan Sabah. Ya, ternyata ada di file dalam ofis school
Gembira rasanya.. Kerana bagiku ini satu rezeki sbb ini adalah salah satu tmpt yg ku harapkan. Tapi, bukan bermakna mudah untuk membuat pilihan juga tika tu..

Sekali lagi ku bersimpuh padaMU ya Rabb,,
dan bersujud meminta pandanganMU
memimpin setiap apa saja yg ku lakukan ini atas RedhaMu yg ku harap
Kemudian hari nya aku menelepon kedua orang tua meminta pendapat mereka
seminggu berlalu dan aku dengan keputusan ku

Atas persetujuan,pandangan dan sudut-sudut yg lebih kearah yg positif makanya aku memilih dan juga membuat kputusan untuk menjalani Latihan Industri di Genting Plantation Sandakan Sabah. Designation as Trainee at IT Dept.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Banyakkan Istigfar

"Boleh jadi sesuatu yang kamu suka tidak baik bagimu dan sebaliknya..."



TIPS buat keputusan (walaupun tk seberapa kot2 la blh guna pakai kan):

1) Kalau ada yg datang tu tidak berapa kena dengan apa yg kita jangkakan jgn terlalu kecewa
2) Kalau ada yg datang tu pula mengena dgn yg kita harapkan jgn terburu-buru menerima nya
3) Tetaplah bersederhana dan terus letakkan ALLAH no.1
4) Keputusan memerlukan perkiraan dan percaturan yang baik(buat pro n kontra nya ) LIST OUT
5) Jadikan sekeliling kita rujukan jangan malu.. minta Pandangan mereka.. Akal kita ni pun ada keterbatasannya..

OK!! itu ja dari saya. Wallahu' alam.. Wassalam.. Kita Jumpa lagi di next entry.. Tak tau nak fikir apa tuk next entry ada stories yg blh d share saya tuliskan lagi di sini ya,,,, Tata~~~









Sunday, 20 July 2014

Oppsss.. Supervisor

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

First of all, let zikir and selawat

SubhanaALLAH SubhanaALLAH  SubhanaALLAH  SubhanaALLAH 
SubhanaALLAH  SubhanaALLAH  SubhanaALLAH 
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Allahumma Solli ala Sayyidina Muhammad, wa ala alihi wasohbihi wassalam

(InsyaALLAH mudah-mudahan tadinya zikir dan selawat kita ni menambahkan amalan kita, mnjadi syafaat di akhirat kelak, sebagai penenang di jiwa kita yang menyihatkn dalaman kita..amiinn)

As my promise in "Pertama kali... Day1" entry i promise to share new entry about "Oppsss.. Supervisor".
so here it is..

Oppsss... Supervisor i lelaki la.. (aduhhhh macam mana ni, da perwatakan ku yg mmg agak sukar berurusan dengan lelaki. Itu la aku. Tapi bukn bererti aku anti lelaki OK). Nevermind la! Maybe there is something Allah want me to learn. I call him Mr.Kent. What is so awesome that really shocking me on my first week.. my first week ok of training, Saya akan "OUTSTATION"...( WHAT??dalam hati je la teriak). Pergi dengan sv(supervisor).. oh NO... Sekali lagi i try to be calm and say nevermind its Ok..InsyaALLAH..Takut bukan main aku, bermonolog dalaman... 

uwahhhhhh risaunyaaaa... apa niieeee...
pergi outstation means bekerja di luar(perjalanan yg jauh)...
mungkin juga masa yg byk perlu dibajetkan...
da la ku ni perempuan.. jarang sekali ku jalan jauh ni.. klu jalan jauh pn atas urusan (belajar) atau dengan family... ini pula dengan hmmmm -.-' -.-' macam man niee...
aku ni baru lagi pun pengalaman?? ZERO la kan. Totally la kan.. Apa ku nak buat kat komputer klu depa suh troubleshoot. walaupun 2 hari sblm masuk estate ku da dilatih serba sedikit... tapi still juga blm expert/pro kan....
REDHO je la jawapnya..

Perjalanan kami ke Estate

Bermula la perjalanan kami, Mr Kent menguruskan kenderaan compny untuk perjalanan kami. Aku hanya mendiam kan diri.. Risau masih tidak luntur walau sedikit. Awal pagi memulakan perjalanan, hati tetap
menyebut  "LA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHI WAL ALIEL AZIM" dan berdoa ya Allah! Pelihara la diriku ini dan lindungi lah ku amiinn. 

Kami singgah sebentar untuk bersarapan... lihat sekeliling apa makan kat restoran cina. "ragu menjadi penyakit no.1" saat mata memandang board nama restoran tu dan sekitarnya.. Ok!( Mr kent. u bawa i ni kat sini?? nk makan apa i kat sini.. huhuhu... rungut hati ku.), Walaupn didalam restoran tu kbykn nya muslim tapi "penyakit ragu ku datang". Sedang Mr.Kent menjamu selera aku beralasan aku sudah kenyang smbil teringat akan ssuatu
  “ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)
Selesai sahaja sarapan, kmi meneruskan perjalanan. Sesampai nya di sana. kami melakukan kerja-kerja kami dan alhamdulillah smua ny Ok. All is well. Setiap waktu solat walau sibuk macam mn masa tu. Aku meminta izin pada Mr. Kent untuk solat, dan Alhamdulillah dia mengizinkan ku. Aku pun bergegas untuk cari surau dan hati ku berbisik. 'fuh nasib baik la Mr Kent ni izinkan ku solat.. kalau tak hmmm ntah la.. kot2 la dia suh juga smbung dl keja bagi hbis kan.. Tiba waktu asar pl, tengah2 sibuk kerja Mr. Kent menyapa "kamu tk sembahhyang dulu sblm kita bergerak ke destinasi yg sterusnya yang merupakan destinasi terakhir sblm pulang. Aku dengan muka slumber smbil2 memaling ke arah dia dan menjawap oh ya sy nk p dulu la.Aku pun melangkah dan berbisik lagi "bagusnya Mr Kent ni, Ok apa. Jnji solat ku tu sudah terjaga.. Itu lebih penting bagi aku.

Dekat jam6 selesai kerja2 kami dan kmi pn balik.

sunyi... senyap... ja keta tu... tiba-tiba Mr kent bertanya


  1. SOLAT dan SEMBAHYANG tu sama ka??
    Aku pun dengan muka keletihan menjawab Solat itu bgi org islam menyembah,menyerahkan diri kepada ALLAH.. Tapi bl non-muslim mereka lbih faham perkataan SEMBAHYANG.. Ia cuma sekadar panggilan sahaja. Pernah seorang cikgu sekolh menengah ku marah kat aku sbb asyik sbut smbhyang2.. dan memberitahu tntg knp kta(umat islam) harus elakkan menyebut sembahyang.. Aku masa tu masih kecil lagi so ku pn terima ja la.. Tapi bg ku ada benarnya juga.. azan pn dilangkan dengan HAYYA ALA SOLLAH. Itu la mungkin tegas ny menyuruh kita sbut solat instead of smbhyang,defend la kat kita nk terima pandangan mana. (kaji selidik la sendiri, belajar dan kaji).
  2. Kamu(Islam) klu tak boleh solat sebab tkda masa atau contohnya kmu tidak sempat mau solat ikut waktu kerana sebab-sebab mendesak seperti berjalan naik kapal terbang dari london ke malaysia. Jadi tidak blh sembahyang la tu kan? Kmu tidak perlu la kan sembahyang??
    Aku pun jawap kmi(orang islam) WAJIB solat walau apa sekali keadaan ny. kalau berjalan jauh cari la masjid, singgah dan solat. tetapi kalau di atas kapal terbang yg lama kmi tetap kena solat. Mr Kent pn memotong kata-kata ku lalu bertanya
  3.  Bagaimana mo sembahyang atas kapal?
    Kita kalau tkleh solat macam2 cara kita blh solat janji solat. Kita solat duduk pun blh.Baring pun boleh. apa keadaan sekali pun msti sembahyang. Kalau atas kapal ni Mr Kent solat duduk ja la. Nanti bila arrive kat destination kita ganti sembahyang tu dengan sembahyang secara sempurna.
  4.  Ada juga kan orang islam tu tidak sembahyang?
  5. Gulp soalan cupamas ni... aduhhhh.. Ilmu di dada ku yg sedikit.. -----sekali lagi berfikir
    Ada juga mungkin Mr. Kent. But, pray is the most important. We(Islam) suppose pray to ALLAH. 

Bagaimana agaknya jwpn shbat-shbt sekalian klu ditanyakan soaln sebegini.Mohon share, mungkin selepas ini saya suda bisa menjawab nya dengan baik bukan.. Sharing is Caring

Aku pun curi-curi toleh ke arah Mr.Kent nk tgk reaksi dia cmner dgn jawapn ku. Risau ku dgn jwpn2 yg ku berikan. Dan nampaknya dia sibuk memerhati di pinggir jalan. Dengan hari semakin gelap. Seolah-olah dia mencari sesuatu. Fikirku dia mencari masjid untuk disinggah kerana melihat jam menandakan da magrib.(awalnya sblm bergerak aku da memaklumkan waktu magrib, aku smpt bertanya jangkaan smpi ke sandakan itu yg dia tau aku nk solat). Maklum saja masjid di pinggir jalan mmg jrg ditemui tmbh lagi gelap.

Tidak lama kemudian..

Telefon ku berbunyi. Ku lihat "Mum Calling"...

Bapa ku: Assalamualaikum mah, dimana sudah?
ku: Entah lah pak. Gelap ndak nmpk sudah nmpk hutan, pokok2 ja ni
Bapa: Sudah solat?
Aku: Belum solat lagi pak sambil ku perhati Mr. Kent sedang sibuk mata ny menjenguk keluar mencari ssuatu.. apa agaknya? (dalam hati ku bertanya).
Bapa: Nanti klu suda smpi mana2 bgtau la. sebb mmg klu da nk dkt smpi sudah tidak ada msjid tu.
Aku: Ya InsyaALLAH. 

Mr. Kent terus menyapa sapa kol? parents?? aku mengiyakan. Dia pl masih kerisauan. Kelajuan kereta pun aku dapat rasakan berbeza. Semakin laju rasanya.. Mungkinkah Mr. Kent ingin mengejar masa. ENTAHLA

Tepat jam 7.30pm ku smpi rumah,dan cepat2 solat magrib sebab ku tahu da lewat.
usai solat ku berfikir. Benarka apa yg ku fikir tentang Mr Kent. SubhanaALLAH. Dia sngt respect, bertanggungjawap,try to understand people.


Mukrimah Nawir
20.07.2014

2.35pm






Pertama Kali.. Day1

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH
SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

(Mula-mulanya ingin sy mengajak sahabat2 untuk sama-sama kita. paling penting jgn miss untuk berzikir. Saya taip smpi tujuh kali mcm kat atas ni. Simple kan. Bila da selesai so hati da tenang dan kita continue to my story, my sharing, my day...apa2 je la..~~what ever!!!~~)

Sahabat, (mula2 nak introduce dl la kan.. So, this is me)
Saya ni baru saja menamatkan pengajian semester 6 tahun 3 dan berbaki lagi setahun. Dan sekarang ni tengah cuti semester tapi berbeza buat sy kali ni. Sebabnya kali ni sya menjalani latihan industri di Sandakan Sabah(kampung sy lahh..ambik kesempatan.kih kih kih). OK! Saya teruskan.

Mungkin blog ni tidak ada apa2 ny.. tapi mungkin juga akn ada apa2 nya buat sesiapa kan. Niat saya menulis blog ni bukan apa, sure bl sudah tiba masanya nnt sahbat2 pula memerlukan ini untuk diri shbt sekalian kan. In future maybe( means my adik-adik la kan)..Tapi untuk kak-kak yang dah lepas fasa ni mungkin membaca ni untuk sama-sama kita sharing maybe,kot2 la kisahku ni pernah dialami oleh kak-kak sekalian dan bila membaca blog ni tergelak sendiri-sendiri mungkin menimbau kenangan lalu..
"Sampaikan lah walaupn satu ayat"(AL-BUKHARI)

Ini Kisahku...Trainee 

Day1

Macam mana tu?? Macam mana apa nya...
ya la.. Camner nk start? kat mana nak start? Siapa nak refer? hmmmm... arggggghhhhh...
(ni antara bisik2 hati yg bermain dalm kepala otak ku masa pertama kali.)

Langkahku

  • Sebelum langkah/gerak/derak/move ke tmpt LI tu baca Bismillahirrahmanirrahim (Biasakan anything you do make sure put ALLAH first in ur mind n heart). InsyaALLAH ketenangan akan datang bersama kita.
  • Kedua pastikan, clear ur mind,jgn suka sangka itu dan ini, (bersoal jawap dalam hati jangan, merancang dalam diri perlu). Semangat! Be on time
  • Sampai ja kat tmpat LI tu, jadikan diri kita ni sebagai org yg 'berpendidikan', buang jauh-jauh ego tu, malu2 kucing semua tu.. im sure many of us like this. even me. So try put it outside first. OK. Datang tempat LI tu pasti nya akan ada orang kat situ(staff, client, security,makcik tukang bersih. Sure ada punya melainkan ang LI kat company yg ang bangun sendiri tu mmg ang sorang ja la tahu). Mereka2 ni la tempat kita nk rujukkkkkk.... (so menjawap persolan siapa kita nk refer). Malu bertanya sesat jalan. Allah beri mulut,Allah beri mata,Allah beri tangan, Allah beri hidung.. bnyak da ALLAH beri kita ni ja yg x reti memanfaatkan apa yg ALLAH beri kekadang ada di antara kita ni ya ALLAH, sombongnya bukan main.
  • Mostly first kita jmpa security kan..kebanyakkan dan kebiasaannya la.. Tanya la mereka. Beranikan diri. apa yg nk ditakutkan. Takut lah hnya pada ALLAH. ang bukan nk buat jenayah pun. Bawa semua dokumen-dokumen berkaitan(offer letter ka, surat permohonan ka, apa-apa ja la) make sure ada. InsyaALLAH takkan ny bl u tnya u kena bunuh,u kena maki melainkan u sendiri yg kasar dlm berbahasa. The point is jaga lisan.Bertuturlah dengan baik. Tak reti, belajar pelan-pelan.OK
  • Next, kita ni org nilai dari pertama dia lihat kita. Nak jalinkan hubungan kena jaga diri kita ni. show what good dalam diri kita ni.(bkn suh talam dua muka, more kpada learning process la dear). Memang pun kita ni zero kan, jdi nk jdi the best kena usaha. Senyum tanda keterbukaan kita, ingin berkenalan, agar kehadiran kt dirasai. Betulkan. Sebab kekadang kita ni bl senyum ada dipanggil "pembunuh"(Ehhhh bkn membunuh tahap jahat tu.. ni membunuh sopan namany. tu taktik) Tak susah mana juga kan ni.. Boleh buat kan(melainkan mmg ego tu mmg xdpt nk tolong la).
  • Senyum itu kan sedekah
::: I hope this entry enough for u to guide ur step during ur first day of internship. Saya dah rasa,dah alami dan saya harap dengan sangat mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala-segalanya buat sahabat-sahabat sekalian. BERANI KERANA BENAR! Umat ISLAM itu KUAT. Tidak gentar dengan apa2 selain ALLAH. :::



Ni antara prinstscreen sample resume. Resume ni juga yang saya bawa bersama
pada hari pertama LI bersama offer letter dari company sy training :)

InsyaALLAH di entry seterusnya akan saya kongsi tentang "Oppsss.. Supervisor" ni memang awesome week for me.. ada cerita yang best insyaALLAH dalam entry ni. (sebab entry ni la yg menjadikan diriku ini seorang yg mungkin lebih berbeza karakter nya.. InsyaALLAH. Menaip bukan untuk meluah tetapi menaip untuk berkongsi.Jumpa lagi sahbat dalam Ini Kisahku... Trainee dengan entry yg pnuh dgn cerita nya. Tata~~

Mukrimah Nawir
20.07.2014

0820am