Sunday, 17 August 2014

Task1: Setup Simple Computer Network

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH
SubhanaALLAH SubhhanaALLAH SubhanaALLAH

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Allahumma Solli Ala Muhammad.. Wa ala ali wassahbihi wassalam

My first learning process.. First task given to me... jeng jeng jeng.. dup dap dup dap..
(Tak pernah pula kan ada experience "Work field".. "real life la konon"... expose lebih gitu.. Luas...)
My supervisor ask me to setup simple computer network at one empty room. Dia bagitau la berapa banyak computer nak di setup kan.. Aku dalam hati dah nerves gila.. Apa macam nak buat.. Lagak sv ku ni cam serah kan aku buat sendiri ja ka ni??.. Kami sibuk2 la kumpul semua part-part yang diperlukan

  • 4buah monitor
  • 4buah cpu
  • 2 buah UPS Neuro power(fungsinya ni sama macam power bank tapi untuk komp punya)
  • 4buah mouse
  • 4cable network
  • 4keyboard
  • 1 dlink router
  • 4buah usb cable (connect from monitor tu power)
  • 4buah usb cable (connect from cpu tu ups)
  • 4buah usb cable(connect from monitor to cpu)
Da macam nak bagi resepi masak-masak la pulakan... Memang pun bagi aku sejak belajar dunia computer ni semua saling relate.. kadang aku konfius aku ni bljar komp ka bljr memasak.. atau belajr seni.. atau belajar coding.. atau belajar bahasa machine... ahahahah... (campur baur...advance...barau kawwwwwww)


 Da siap semua dikumpulkan di atas trolley, sv ku cakap

"Mukrimah, kamu pasang keempat-empat ni di satu bilik di level3 finance tu ya... Nanti da selesai kamu naik sini smula bagitau saya dan saya akan check kemudian" ------checkmate kuang kuang kuang.. memg kena buat sendiri.. belajar sendiri la nampaknya... berlalu pergi dan kepala otak cari solusi apa nk buat

Ok cara pasang ni rasanya tak perlu kali eden habaq o ajaq noh... hampa semua boleh try setup sndiri
it easy as ABC... mula2 ja mind set rasa susah.. bila nampak sendiri dan explore boleh punya..
cucuk ja mana yang sama.. Pasti selesai punya.. kalau tukang masak depa cakap campak-campak ja klu nak masak kan.. ni pun sama konsep nya.. LAJAK ja.... Jalannnnn.... ahhahahaha

Tapi apa yang boleh di share kan hnya camna nak enable kan connection dia.. mungkin ada yang tau.. tapi bagi yang tak tau boleh la rujuk satg kat bawah ni..

Sampai ja di level3 Finance GPOS

This is the result
Selerak kat bawah tu sila abaikan ok.. biasalah "baru nak perform"

Ni la rupa sebenar keserabutannya.. Tapi ni sebelum sv aku datang la..
arrange..sorok-sorok juga mana yang boleh...

Ni pula untuk buat cable network.. "OK klu yang ni alhamdulillah dari form4 da belajar buat

Steps for networking connection

1. Go start>click Control panel>click Network and sharing center
2. Here there are Local Area Connection double click it
3.Pop out on screen show it choos ipv4.. or tcp/ip
4.Find properties click on it
5.Click IP address.. IP address had 4 portion.. 3 portion in front is same in a same building only last portion different. So enter number accordingly
     For example: IP address:198.172.18.5(yellow one can be different the rest still same)
6. Done. Click OK... After a while u may access to an internet.. InsyaALLAH...


p/s: Demo untuk buat cable network nanti la saya buat video dia kalau rajin ok... hehehehe... kalau ada kelapangan insyaALLAH..

Lastly, Jangan mengalah sblum beraksi... kita tidak tau dan tidak akan pernah nampak apa yg kita boleh buat klu tidak cuba.. Kekadang apa yang kita fikirkan kita tidak boleh sebenarnya itu la kehebatan dan kelebihan kita..Disitu la kemahiran kita.. Cumanya kita TAKUT dan tidak mau mencuba.. Jadi kita tidak pernah tau... OK.. itu saja untuk kali ini mungkin... Di atas ni mungkin juga kekurangan info/ kekaburan informasi.. apa pun usaha semampu kita... Belajar dan belajar.. saya pun tidak reti untuk mendetailkan langkah-langkah pelaksanaan secara jelas.. maafkan ambo... 



"Aku dan Motor Sakit"

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar
SubhanaALLAH walhamdulillah wala ila ha illah Allah Allahuakbar

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad Wa ala Alihi wassohbihi wassalam


Seperti kebiasaannya aku sering menaiki motor ke tempat LI
Motor yang mulanya disimpan/diguna di Lahad Datu
Kini dibawa kembali ke Sandakan untuk dijadikan "teman" kebersamaan
Untung juga awal nya langkahku untuk mengmbil lesen motor dan kereta di semenanjung
Jadi mudah la ku "nk request" (keta o moto)
Memandangkan keadaan dan situasi jem,jarak maka motor menjadi permintaanku kepada kedua org tua ku
(bukan itu ja mmg aku prefer motor daripada keta... hihihih zap zip zap lorong sana sini AVAILABLE)

Cuma minggu pertama saja ku menaiki kereta..
Hari pertama as i had mentioned in my first entry my mum who send me to office by car
hahahahahhahahha... (not anak manja ok sekadar permulaan)
bagaikan mula2 kita kena hantar ank g sekolah dulu... Mula2 dijaga sebelum dlepaskan bebas

Nak sebulan da motor ku bertapak di sandakan
selepas abg menjadi rider berjaya... sanggup tolong ambil dan bawa motor ni dari Lahad Daru ke Sandakan. Yang perjalanan nya boleh tahan pinggang la.. around 2 and a half hour journey.. *kesian abang ku
thanks to him and my parents yang memenuhi permintaan i yg nk jdi "RIDER" la konon nya...
Tapi sayang 3minggu guna motor tetiba motor i "sakit" pancit la pula....

Mula-mulanya masalah tayar pancit.. mum dan bapa pun p la gantikan tayar baru dan tukar no flat belakang yang da pecah dan hilang satu no nya.. Siap tukarkan lagi leather seat yang da sedikit koyak dan dibalut lagi.. MasyaALLAH.. SubhanaALLAH hebatnya kasih sayang kedua orang tua ku kepada ku.. Seminggu kemudian pula gear motor ni da lain macam pula.. siap bunyi2 rupanya rantai dia da tajam terlalu lama sangat bila di "operate" buka smua tup tup lining brek ku da abis.. klu lining brek da abis that means besi bertemu besi rim ja la.. klu tak bli lining tu lama-lama bisa rosak rim motor ni agak-agak ongkos nya rm200++ juga..

Dah  tukar itu dan ini..

Balik dari Lahad Datu (open house)

Baru perasan no flat yang mum tukar ni no tk match dengan no flat di depan...ahahahahah... terbalik sedikit ja. No flat didepan which is correct one SS9125L tapi di belakang SS9152L.. See, da berminggu2 baru perasan.. Nampak sangat kan ketidak pekaan. Men pakai ja.. Tak reti la nak cek-cek, Tengok-tengok.. ahahahah... So, pergi lagi ke bengkel untuk tukar no flat dan sekali minta cek brek depan. Rupanya abng bengkel tu habaq brek depan ni pun da abis lining brek tmbah wayar brek ni dah patah and berkarat

OK -.- Satu demi satu....
Cobaaaannnnnn....

Motor ku "sakit" seperti tuannya pula.. :'(

Selepas motor ku sakit dalam masa yang sama ku pun sakit...
Akhir-akhir ramadhan sampai la ke hari raya ke7
Aku demam teruk, makanan pula tidak boleh masuk
tidak blh kunyah, tidak boleh menelan.. hanya air saja.. itu pun masih sakit
Lalu, aku pun pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan selepas dari ofis..
Sekali lagi abang ku yang hantar g ke hospital dalam jam 6++ petang juga kami p ke hospital
Kemudian doktor bertanya
doc: Sakit apa?
aku: demam, xboleh menelan,batuk,headache
doc: buka mulut... "aaaaahhhhhhhh". Keluarga ada penyakit tibi?
aku: tidak ada( rupanya ada, smpi uma citer apa yg berlaku ke bapa. Bapa kata dulu dia pernah ada rawatan tibi)
doc: OK Saya bagi kamu ubat makan ubat ni, sok kamu datang lagi sini buat pemeriksaan ya. Dan kamu pergi ke klinik pergigian untuk pemeriksaan juga
aku:OK..


Sok nya ku terlalu lemah, sampaikan tak masuk pn ofis ahahah.. mum ku pula asyik suh makan
walaupn hnya sedikit.. aku tk larat.. tapi aku sgt lapar2... Cuma nya gigi ku terasa lmbut hingga tidak dapat mengunyah.. Tambahan pula bibir, gusi, smua da tumbuh2 biji-biji. Di bahagian leher pula da rasa ada biji-biji.. Walau setitis air pun perih/pedih nya terasa dkt tekak. Dan aku pun berjumpa doctor smula. Sampai di klinik pergigian doctor buat appointment untuk datang smula slpas 2 minggu.. Sepanjang 2 minggu tu makan ku hanya sekadar merasa air pun hnya beberapa titis itu pun terasa la kehausan dan kelaparan yang teramat..

Ya Allah!!! Sakitnyaaa.... bila nikmatMU engkau tarik sedikit saja aku sudah tidak berdaya.. Apalagi klu smuanya Engkau tarik.. Segala kekuasaan itu milikMU..

Sepanjang 2 minggu tu...
Bibir ku semakin tumbuh biji-biji @ luka-luka. Ni pertama kalinya ku merasa sakit yang sangt beza
Tekak pula semakin tak berasa selesa.. Suara ku pula smakin mengecil..Terima kasih juga buat sahabt2 yang bertanya kan khbar, yang turut mendoakn kesejahteraan/ksihatan ku (Hakikatnya ku tak tau klu ada, tapi aku yakin pasti ada yg mndoakn ku dalam diam. Ada yang menyayangi diri ini walaupun aku tidak mengerti rasa yang diberikan atau membalasnya).

Raya oh Raya...
Saat keluarga menziarahi.. Adik Beradik berkumpul.. Bergelak tawa...
Menikmati juadah yang menyelerakan..
Tapi aku hanya mampu merasai nya di dalam diri yg tidak terexpressi keluar.. kerana daya kkuatan ku yg terbatas. Sakit.. Sakit yang teramat.. Itu lah bila nikmat kesihatan kita ditarik.. Baru itu ditarik hanya sebentar mukrimah kau sudah tidak terdaya.. Nampak tak?? Mengerti ka ko apa smua ni??

"Nikmat mana lagi yang kau dustakan"

Selepas 2minggu jumpa doc smula..
Alhamdulillah doctor mengesahkan aku tidak menghidapi penyakit tibi. Hanya saja tumbuh gigi bongsu. Dan gigi itu di X-ray. Mula pemeriksaan di klinik pergigian doc ingin membuang/mencabut gigi ku yg bru mo tumbuh yang bru separa tumbuh.. Tapi hasil xray tu doc hanya  bedah gusi ku agar memudahkan gigi baru itu tumbuh sebaiknya kerana mungkin tidak cukup ruang gigi nak tumbuh sbb susunan gigi belakang teratur rapat.. (ahhhhhhhahahahaha....)

********** XRAY SESSION*******

Nurse: Deq baring ya.
Aku: Menurut perintah berbaring, sedang nurse mempersiapkan pula apa yang perlu
Nurse: Deq, bgi masuk dulu ni ya( Sejenis kad empat segi bentuknya didalam nya ada xray card yang warna hitam tu tpi bersaiz kecil la.. tapi dimulut ku ianya agak besar juga la).
Aku: ahhhhhhhhhh, Nurse sakit...sakit.... tolong nurse
Nurse: Ya deq,mmg skit sedikit. Tahan ya.. (Gila ke apa... tu skit la nurse...desus hti ku)...
Aku: ....air mata mengalir... menahan kesakitan...
Nurse: Kenapa ko nanges??
Aku: Sakit doc...
Nurse:Sekejap ja kan...Ko darjah berapa deq? Ko sekolah mana?? Umur berapa?
Aku: Monolog dalaman lagi "Nurse ni bergurau ka apa.. lawak pula soalan dia ni.." Saya umur 22 tahun belajar di Universiti Malaysia Perlis.
Nurse: oooo ko da universiti ka.. Kecil nya kau ni... ahhahhaha
Aku: hmmmmm...
Nurse: Senyum

**********Waiting Session for bedah gusi***********
Keluar ja bilik xray ada sorang makcik tnya. Ko darjah berapa skng...(da kenapa org2 sekeliling aku ni dok asyik nk tanya ku darjah berapa). Mungkin ka dari ramadan sampai ku skit beberapa minggu ni menyebabkn aku kelihatan kecil.Makcik saya umur da 22tahun belajar dekat Universiti Malaysia Perlis.. Makcik tu membalas smbil ketawa kecil, Makcik ingat kan kamu darjah5.. OK Fine!! Darjah 5 mkcik ni fikir aku... ahahahhaha... Betul la apa yg ku fikirkan. Aku melihat record timbangan berat ku hanya 36kg ja skrng.

********Bedah Gusi Session********
Sakit juga... ini mmg parah kali kedua punya stage after xray session skit... dok lemas tenggelam tertelan byk sgt air... maybe time dia bedah tu ada air kan so bila pnuh rasa mcm lemas pula... Dah tu, doc suntik mo 5 kali 6 kali ke rasanya di gusi aku.. Pastu, dia minta scapel(ntah apa nama saintifik pisau... huhuhuh). Tengok doctor tu cam takda perasaan pula dan boleh pula dia cakap "Tidak sakit ni, cuma kamu nerves ja.. Takut kan?".. Aku pula menidakkan dan menggelengkan kepala tanda sakit.. hahahahahah...


Alhamdulillah selesai juga semuanya.. Keputusan lain nya pula doc tidak menjumpai apa2 pun  yang mengesahkan aku ni pnyakit tibi.. Alhamdulillah...

Akhir sekali. Sakit itu menghapus dosa-dosa kita.. bila ditimpa kesakitan mohon la pada Allah akan kesembuhannya.. Sabar lah..

Aku kembali ke tmpat training seperti biasanya.. dan kak-kak ofis menegur ku.. katanya
"imah, kenapa jarang sudah kak tengok ko snyum. Asyik berdiam diri ja.."
Aku membalas dengan suara yg sedikit berbeza kerana ketidak selesaan lagi pada gusi yg bru di bedah
Kak-kak pun turut mendoakn ku mereka memberi kata-kata positif.. Alhamdulillah.. see org sekeliling kita sntiasa memerhati walau bunyi tidak kedengaran..

INGAT akan nikmat-nikmat illahi pada kita... yang tidak terhitung nilainya...
Jaga Iman, Jaga Hati, dan Jaga kesihatan...





Monday, 4 August 2014

Walk Away OR Try Harder??

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH
SubhanaALLAH SubhanaALLAH SubhanaALLAH
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Sollu' alan nabiy... Allahumma Solli ala Sayyidina Muhammad.. Pemberi syafaat buat seluruh umat nya..
Perbanyakkan berselawat.. mungkin syafaat baginda menyelamatkan kita. InsyaALLAH..

Alhamdulillah menjalani latihan industri di kampung halaman
So, everything kira complete la.. tk perlu nk byk fikir sgt..
Nak fikir kan rumah sewa la, nak fikir bajet makan minum la, nak fikir tambang.
Nak fikir benda2 "keinginan", Nak fikir keselamatan, semua la...
Byk beza buat praktikal kat kg halaman banding dgn kat negeri luar
Ada pro dan kontra nya juga.

Masa mula-mula.. risau juga kat mana nak apply tuk training ni.
Asyik pergi ke main office school computer and communication engineering(SCCE)
Tanya kawan,minta pndapat depa, minta nasihat lecturer, minta tlg lec RPS(Rakan Pembimbing Siswa/i)

Bagitau kawan "cmner ni kat kampung aku tk byk sangat la company yg berkaitan kos kt"
                        "camner ni?? nk apply kat mana eh?? "
                        "xpe ka klu apply yg tk berkaitan kos"
                        "kat mana nk tau eh tmpat mana yg ada bt training"
                        "belek-belek surat permohonan balas nama kita tkda pn, hbis la.. dapat o tk tmpt ni"

Kawan-kawan rapat ku pn mengalami masalah yg sama
Tetapi mungkin alasan yang berbeza
Alhamdulillah didampingi kawan-kawan yang saling menguatkan,positif menjadikan diri tertempias ke kita

 "SAHABAT(ORANG YANG DISEKELILING/BERDAMPINGAN) ITU CERMINAN DIRI KITA"

Saling bertukar-tukar pendapat.

Emy(one of my friend), she help me a lot.. guide me how to write resume,
how to do this and that
what to do... she like a teacher.. dia pun menyuruh ku untuk apply sekali dengan dia di negeri Melaka

=Infineon=

Aku pun menurut saja, sebab merasa ada teman kerana dia juga apply d tmpat yg sama.. at least klu dapat ada la kawan sama-sama, blh la survive, (sbb emy ni protective juga org nya) hehehehe, ada kawan sewa rumah sekali, ada kawan nk ulang alik g ofis kira selamat la.. tk la sorang-sorang.. mungkin juga vrOOm emy digunakan khidmat nya. Itu la fikir kami, rancangan kami bersama.. Emy ni "Rider" juga tau.. ehhehehe...

Tunggu punya tunggu masih tidak ada jawapn
Masa pula smkin singkat untuk mencari..
Emy tlg bg link itu dan ini(tmpt-tmpt li), satu g emy ni org "expert cari dlm web"
Best dan syukur alhamdulillah beruntung dapat kenal dia
Tak puas dgn penantian jawapn dari infineon kmi pun mengambil kputusan tuk buat permohonan lebih byk kat company lain pula. Emy apply kat kampung dia Johor aku kat kmpung ku Sabah.

Aku pun minta pendapat dari ramai sahabt-sahabt irfaan di universiti lain berkaitan ni
Nak tau juga mereka buat dekat mana. Sebab senior-senior uniMAP ada share juga "buat prktikal x kena ngan course" pendapat mereka ada yang kata "OK ja, Belajar something new kan, Try to gain experience,Learn and Learn kan". Oleh itu ku pn bertanya kan shbt-shbt tmpat2 praktikal.
Byak juga buat permohonan kat sabah. Kiranya untuk kesemuanya aku hntr 7 tmpt permohonan
  1. Infineon Melaka
  2. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kota Kinabalu Sabah
  3. Jabatan Perkhidmatan Komputer Lahad Datu Sabah,
  4. Affinbank Sandakan Sabah
  5. Asiatic (tapi da tukar nama Genting Plantation Sandakan Sabah
  6. IJM Sandakan Sabah
  7. Petronas Methanol(minta tlg abg yg keja disitu) Labuan




Mohon pada ALLAH agar d permudahkan. Banyak meminta pertolongan dan bntuan padaNYA, byakkan bercakap-cakap(doa) kat ALLAH. Meluah la smuanya pada ALLAH.
"Kita merancang
Allah juga merancang
sebaik-baik perancang adalah perancangan ALLAH"

Akhirnya aku mendapat satu pnggilan tmpt LI di Kota Kinabalu, KK Sabah (yang boleh tahan jauhnya dari rumah agak2 7 8 jam) means klu ku terima offer ni bagaikan merantau juga la.. menyewa rumah, byr bil, mkan minum smua la kena fikir,, Maka aku mengambil keputusan tu HOLD dulu tawaran Jabatan Kerja Jalan Raya KK, smbil menunggu status yang lainnya pula.. Beberapa bulan kemudian Alhamdulillah rezeki ku mendapat tempat di Lahad Datu Sabah dekat dgn rumah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah cawangan Lahad Datu... Setelah dapat sahaja tawaran ni, bukan mudah juga sebenarnya buat keputusan,... Makanya malam ku bersujud padaMU meminta petunjuk,.. SesungguhNYA aku yakin akan ketentuan dariMU,.. setelah beberapa minggu ku rasa gagah dan tetap dengan satu keputusan setelah berfikir pro n kontra nya dgn dua2 panggilan ni.. dan aku mmbuat surat penolakan untuk menjalani training d kota kinabalu yang aku fikir byk lgi kontra nya jika dibndingkan dengan di Lahad Datu.




Lega Rasanyaaaaaaaaa......
Tapi itu cuma fikirku.....
cuma rasaku...
yang rupanyaaaa tidak tetap and strong mana pun

Tik Tok Tik Tok
Jam terus berlalu
Hari demi Hari di lalui dengan biasanya seperti rutin as a student
Then
dalam kerajinan cepat-cepat cek yahoo mail.. ada satu inbox
dan pengirimnya aku tidak kenal hanya saja ku tau isinya tentang status permohonan training ku
ya ALLAH, sekali lagi ingin membuat "ssuatu yg besar" iaitu berfikir dan membuat kputusan
Setelah ku baca isi setiap emel yg ku terima. Keesokkannya, ku terus ke ofis untuk memeriksa surat status/offer dari company Genting Plantation Sandakan Sabah. Ya, ternyata ada di file dalam ofis school
Gembira rasanya.. Kerana bagiku ini satu rezeki sbb ini adalah salah satu tmpt yg ku harapkan. Tapi, bukan bermakna mudah untuk membuat pilihan juga tika tu..

Sekali lagi ku bersimpuh padaMU ya Rabb,,
dan bersujud meminta pandanganMU
memimpin setiap apa saja yg ku lakukan ini atas RedhaMu yg ku harap
Kemudian hari nya aku menelepon kedua orang tua meminta pendapat mereka
seminggu berlalu dan aku dengan keputusan ku

Atas persetujuan,pandangan dan sudut-sudut yg lebih kearah yg positif makanya aku memilih dan juga membuat kputusan untuk menjalani Latihan Industri di Genting Plantation Sandakan Sabah. Designation as Trainee at IT Dept.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Banyakkan Istigfar

"Boleh jadi sesuatu yang kamu suka tidak baik bagimu dan sebaliknya..."



TIPS buat keputusan (walaupun tk seberapa kot2 la blh guna pakai kan):

1) Kalau ada yg datang tu tidak berapa kena dengan apa yg kita jangkakan jgn terlalu kecewa
2) Kalau ada yg datang tu pula mengena dgn yg kita harapkan jgn terburu-buru menerima nya
3) Tetaplah bersederhana dan terus letakkan ALLAH no.1
4) Keputusan memerlukan perkiraan dan percaturan yang baik(buat pro n kontra nya ) LIST OUT
5) Jadikan sekeliling kita rujukan jangan malu.. minta Pandangan mereka.. Akal kita ni pun ada keterbatasannya..

OK!! itu ja dari saya. Wallahu' alam.. Wassalam.. Kita Jumpa lagi di next entry.. Tak tau nak fikir apa tuk next entry ada stories yg blh d share saya tuliskan lagi di sini ya,,,, Tata~~~